Thursday, August 22, 2013

10 Pekerjaan Paling Dikehendaki di Malaysia


Salam semua! Hari ni jom discuss tentang kerjaya. Hari ini elbagai pekerjaan ditawarkan di negara ini dan juga banyak peluang pekerjaan yang setiap hari diiklankan melalui surat khabar, internet, brosur dan lain-lain. Tapi anda harus peka peluang pekerjaan apa yang banyak dikehendaki di Malaysia kini? Anda dapat mengetahui peluang pekerjaan mana paling banyak di Malaysia kini. Dengan ini anda dapat melakukan persediaan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di sesebuah company di Malaysia.

So, bidang pekerjaan apa yang paling dikehendaki dan diperlukan di Malaysia kini?
Let's check it out peluang pekerjaan!!

1. Sales & Marketing (Jualan dan Pemasaran)
Kerja yang lebih kepada menjual sesuatu produk kepada pelanggan (juru pemasaran, akauntan, agen insurans, kereta, perbankan, wakil jualan produk, perunding pengiklanan, tele pemasaran)

2. Engeneering & Technical & programming (Kejuruteraan dan Kerja Teknikal dan programmer)
Pekerjaan yang lebih kepada jurutera dan juruteknik dalam memreka sesuatu produk dan membaiki sesuatu produk ( Juruteknik mekanikal, kejuruteraan, juru elektrik, rekaan industri, juru teknikal, juru teknik komputer, program komputer dan lain-lain)

3. Hospitality & Catering ( Hotel, Pelancongan dan Katering)
Pekerjaan ini pula merupakan pekerjaan yang lebih mengutamakan pelanggan serta saling berkomunikasi dengan pelanggan dan menjaga imej serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan tetamu. ( pengurusan hotel, restoren, katering, chef, seni kulinari, penyambut tetamu, pemandu pelancongan, juruterbang, flight attendant, stewardess, waiter, agen pelancongan, receptionist hotel, bellboy hotel, Chef de partie, perkhidmatan pelanggan, public relation hotel, pengemasan bilik)

4. Accounting & Finance ( Perakaunan & Kewangan)
Pekerjaan yang berkaitan dengan pengiraan dan kewangan. Selain itu, perlu mengimbangkan akaun, merekod dokumen-dokumen perakaunan dan kewangan (akauntan, pegawai bank, insurans, kerani, cukai, pegawai audit, pegawai taksir dan lain-lain)

5. Clerical & Administrative (Pengkeranian & Pentadbiran)
(kerani, pembantu pengurus pentadbiran, setiausaha, pembantu peribadi, pegawai sumber manusia dan lain-lain)

6. Management (Pengurusan)
Pekerjaan yang lebih fokus kepada pengurusan sesuatu syarikat (pengurus perniagaan, pembantu pengurus hotel/restoren, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis, pengurusan banquet, pengurusan persidangan dan lain-lain)

7. Art, Design & Media
Pekerjaan yang lebih kepada seni dan kreativiti yang banyak mencari dan meluahkan idea-idea yang unik (pereka grafik, seni visual, perfileman, pereka landskap, sunting, video, animasi, pengiklanan, pereka fesyen, pendandan rambut, kosmetik dan lain)

8. Telecommunication
Pekerjaan yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang selalunya berkaitan alat-alat telekomunikasi dan teknologi (pembantu jualan barangan komunikasi, celcom, maxis, nokia, sony ericson, ogawa dan lain-lain)

9. Medical & Health
Pekerjaan yang berkaitan kesihatan dan fizikal (jururawat, doktor, pergigian, pembedahan, pengurusan fisioterapi dan lain-lain)

10. Education (Pendidikan)
Pekerjaan yang mendidik dan memberi ilmu untuk dimanfaatkan kepada anak-anak didikan (guru , guru tuisyen, pensyarah, pengetua, guru besar, jurubahasa dan lain-lain)

Source http://djdanchef.blogspot.com/2011/03/10-pekerjaan-paling-dikehendaki-di.html


No comments: